Tuesday 25 June 2019

Weight loss journey..

Assalamualaikum..

Hari ni nak story pasal weight loss journey aku.. Yang baru je start. He he. Orang lain dah lama dah start, aku je baru nak merangkak. Tapi takpelah, slow² nanti sampai jugak target aku tu insyaAllah.. Berat badan sebelum aku start my diet plan ialah 75.6. Lepas raya, bertambah² berat badan.. Tambahan ubat anti depressant yang aku makan ni boleh buatkan berat badan aku naik. Setiap kali follow up mesti doktor akan nasihatkan untuk eat clean & do some activities..

Aku ni gila nescafe.. So at the first place aku risau giler camne nak cut sugary foods & drinks.. So hari pertama, aku try minum nescafe sekali sehari sahaja dan minum air putih the whole day. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat nak minum 2-3 Liter air sehari ni.. The whole week aku try yang sama.. Nescafe once a day sahaja.. Untuk gula pula aku ganti dengan gula Palsweet.
Ye.. Ye.. Mesti ada yang cakap tu bukan eat clean.. But, i know my progress. Sambil² duk belek IG  pasal eat clean, adalah ternampak quote yang really memberi semangat. Dah lupa ayat dia tapi lebih kurang macan ni..
' Kalau tak start hari ni slowly, kita akan sampai destinasi lambat. Tapi, tu lebih baik dari tak ada usaha langsung. Memang takkan sampai destinasi. Duk takuk tu lah jugak..' So lepas tu, even progress aku slow, tapi janji ada progress..

Lepas balik kerja, aku try jugak cycling dengan basikal Takasima lama aku tu.. Mula² 10 minit.. Tapi seminggu lepas tu dah boleh reach 20 minit. Hello, tu pun dah cukup membanggakan bagi aku tau.. Dengan anak² lagi nak handle.. So aku rasa quite satisfied lah jugak.. Hehe..

Ni menu aku try dalam 2 minggu ni..

Breakfast: 2 half-boiled eggs
Lunch: Nasi beras perang & lauk biasa.
Dinner: Overnight oat

Untuk overnight oat tu, aku memang guna Rolled oat yang memang organik & less sugar. Madu pula memang aku beli yang organik. Memang botak gaklah nak cari yang pure honey tu. Kat supermarket semua yang fake. Aku pernah try check madu dalam air tu untuk ensure madu tu asli. So Alhamdulillah.. Pure Honey.. Untuk yogurt, aku guna yogurt asli Farm Fresh. Susu pulak guna Farm Fresh Skinny Milk tu..

Aku ni jenis tak boleh minum susu. Tapi sebab nak loose weight punya pasal, aku telan jugak.. Suprisingly, bila makan dengan buah² & yogurt, sedaplah jugak.. Aku suka buah pear yang dah lebam² tu@organik kismis@buah mulbery yang aku tanam sendiri..

Okey, sampai sini dulu.. Nanti aku sambung balik diari weight loss journey aku 🤗



No comments:

Post a Comment