Sunday, 15 April 2018

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang ditunggu2 dengan debarnya dah tiba..hari untuk prosedur Magnetic Resonance Imaging (MRI) pada brain.

Buat informasi semua MRI ni sejenis scan yang menggunakan daya magnet yang kuat serta gelombang radio untuk dapatkan imej yang lebih jelas tentang  struktur dalam badan kita..tu yang mudah nak faham la.. Berbeza dengan scan2 lain, MRI dilakukan di dalam sejenis mesin canggih berbentuk ala terowong yang sempit.

Antara persiapan yang doktor nasihatkan sebelum prosedur ialah:
1.Puasa dari pukul 12 MN sebelum prosedur.ni doktor tu cakap in case kalau anything emergency happens during the procedur.

2.Kalau kita ade allergic seafood,doktor akan bagi steroid.itu kalau doktor plan untuk contrast MRI..if plain MRI tak perlu steroid..

3.Dilarang memakai barangan berbentuk metal seperti barang kemas,brooch,pakaian dalam yang ada besi (nak safe pakai sports bra yang takde cangkuk). Also be careful penyepit rambut ye.. Any inquiries boleh tanye je staf yang bertugas.

4.Kalau ade pakai implant, pacemaker, susuk(ni yang tertulis kat ruang ruang menunggu MRI ye), kena inform kepada staf yang bertugas sebelum masuk ke bilik MRI.. Penting ye sebab daya magnetic mesin MRI ni kuat tau..

Ni gambar mesin MRI keluaran PHILIPS ala-ala yang digunakan..sebab kat dalam tak bolek bawa masuk handphone ye..



Ruang dalam bilik MRI tu pulak gelap lebih kurang mcm ni la jugak..tapi takdela warna biru camni..hehe.


Disebabkan aku di order MRI Brain so kena pakai special accessory kat kepala yang menutupi muka..macam topi jaring2 besi gitu..


Gambar2 ehsan dari google ye..

Okey,let us continue..
Sampai je kat ruang kauntet MRI, ade sorang staf datang dan do the checklist and complete the consent (borang keizinan prosedur yang kena pesakit kena sign). Lepas tu dia jemput masuk ke bilik persalinan untuk salin gown prosedur. Sempatla cium tangan hubby dan mintak doakan prosedur lancar sebab pernah dengar ada pesakit pernah collapse dalam bilik MRI..seram pulak.

lepas dah pakai gown biru untuk prosedur, maka diiringi masuk ke bilik malap yang dimaksudkan. tengok je katil tu sempit je..tapi jangan risau muat πŸ˜‰. then radiographer bertugas beri arahan sikit pasal prosedur. Prosedur MRI ambil masa at least 45 minit paling kurang. Kalau dia nak Contrast MRI biasanya diorang akan inject contrast in between 45minit tu..Sesudah baring atas katil sempit tu diorang bagi button kat tangan kanan untuk ditekan bila kecemasan nak panggil diorang. masa atas katil tu kepala akan masuk muat2 je dengan topi keledar khas yang jaring2 tu..sebab diorang kat bilik luar tau.tapi still nampak kita kat dalam tu..jangan risau. At that time telinga dipasang headfon sebab mesin MRI ni keluarkan bunyi bising tau..

After that, kita dapat rasa sunyi sangat2 selepas diorang kosongkan bilik tu just for MRI machine & you..hee. Slowly katil tu slide in dan masuk ke dalam terowong bulat..dalam beberapa minit bunyi bising start bunyi dah.. aku yang kat dalam dah mula nak panic attack. dengan takutnya..gelapnya..kadang2 rasa tak boleh tarik nafas sebab sempit sangat. Nak tekan button emergency pun fikir panjang2 sebab once dah tekan button tu prosedur akan reset balik tau..jadi lagi lama pulak korang kat dalam tu.. yang terbaik try redakan panic attack tu..Ni antara yang aku buat sepanjang 45 minit tu untuk maintain 'hidup' kat dalam tu.hee..

1.Senaman pernafasan.Tarik nafas dalam2 dengan hidung dan hembus dengan mulut perlahan2.

2.Pejam mata dengan tenang. Jangan sampai kuat2 nanti stress plak.hee..Pejam je macam nak tidur.
Bayangkan tempat yang best2..

3.Baca surah2 lazim alQuran, Istifar...

4.Yang ni menjadi untuk aku.Counting numbers.Bilang je 1..2..3.. sampai beribu2 yang korang boleh kira.. Percayalah sedar2 je dah siap prosedur. Ade yang boleh terlelap tau sebab counting.. Try it.

Bunyi sepanjang prosedur tu bersilih ganti.Ada bunyi kipas helikopter tengan berpusing standby untuk terbang je..Ade bunyi drilling..Ade bunyi macam Alien tengah menyanyi & menari kat atas mesin..Ade bunyi orang ketuk2 besi..Aish...berhantu pulak bunyi mesin ni..hee..

Dah siap prosedur..debaran tunggu result pulak..Doakan result baik2 je ye semua..Amin..Korang yang perlu undergo MRI prosedur janganlah takut ye..insyaAllah berjalan lancar nanti. Yang penting minda kita yang kawal badan dan perasaan kita..so set minda yang positif2 je..insyaAllah..

24.4 2017

The day for the result has come.. Alhamdulillah result MRI smuanya normal dan baik. Semoga semuanya terus kekal baik selamanya.. Thanks kepada yang mendoakan.. Allah is everything.

《The Crying Pearl》

Tuesday, 3 April 2018

The Black Date ♥Part 2♥


Assalamualaikum..
As a continuity of part 1..

Selepas ustaz balik, mereka papah ibu masuk ke dalam bilik untuk wuduk dan solat..agak susah nak bergerak dalam keadaan paha kiri yang teramatlah sakit.solat pun sambil duduk dan kaki kiri memang tak boleh dilipat.
betapa indahnya Islam kerana adanya ruksah untuk menunaikan ibadat ketika sakit dan betapa bersyukurnya keluarga ada disisi untuk mengingatkan diri ni yang sememangnya fikiran tengah Zero.sungguh tak selesa kerana terpaksa membebankan keluarga.tp bak kata my sister, "kalau keluarga tak tolong siapa lagi nak tolong.." Selepas kejadian tu ibu banyak duduk kat rumah mama papa je.sebab at least ada orang tengok2kan masa husband kerja..

Sejak hari tu ibu asyik berulang alik dari klinik panel untuk sembuhkan kaki ni.m.c bersilih ganti.bila emosi dah semakin stabil,semakin timbul tanda tanya apa yang dah jadi pada hari tersebut?? berkali2 ibu bertanya terutamanya kepada husband tapi 2 hari selepas kejadian barulah husband setuju untuk story tentang apa yang dah terjadi. jadi,cerita yang dicoretkan ni adalah hasil dari penceritaan husband dan sedikit dari Sufi.

Sebaik sahaja husband siap refill air minuman kat depan masjid tempoh hari, dia tengok ibu terlentok tido sambil muka berpaling ke arah tingkap penumpang. Dia sangka ibu terlelap sebab demam yang tinggi sebab masa husband letakkan tangan ke dahi ibu, dia memang rasa panas yang amat.. jadi dibiarkan ibu 'berehat' dan terus ke tadika untuk menjemput Sufi. sedangkan masa tu ibu memang tak sedar apatah lagi nak ingat..

Sesampainya di rumah, Sufi dah masuk ke dalam rumah..tapi husband cakap ibu freeze kat seat dengan tak buka mata dan tak bergerak langsung. Oleh sebab tu husband tarik dan paksa ibu masuk ke dalam rumah dibantu okeh Sufi. Masuk je ke dalam rumah, husband cakap ibu buka mata dan jalan terus ke sudut ruang tamu. dengan berdiri menghadap ke dinding, ibu mula menari2-katanya macam menari inang dan ulek mayang..husband mula tak sedap hati terus call pengasuh Sufi untuk panggilkan ustaz datang ke rumah untuk pulihkan ibu. kenapa cari pengasuh Sufi? haa..that one another story pulak..nanti kita story lain ye.. sementara menunggu ustaz sampai husband perhati je dari jauh sambil alunkan ayat suci al quran.malah siap rakam lagi beberapa minit selepas mengarahkan Sufi masuk ke dalam bilik. disebabkan masa tu dah hampir Zohor, jadi mungkin lambat sikit ustaz sampai.. husband pelik jugak tadi nak berjalan pun dipapah sebab kaki sakit tapi kali ni siap menari2 lagi. husband memang pelik dah..

Tak lama lepas tu azan Zohor berkumandang dan ibu terus jatuh pengsan.. then husband letakkan ibu kat depan sofa ruang tamu. lepas tu barulah families terdekat sampai dah tolong apa yang patut. ada yang demah kepala dengan air sebab demam yang tinggi..ada yang alunkan ayat2 alQuran..ada yang tolong uruskan Sufies..

Alhamdulillah..rentetan dari itulah ibu tersedar dari lelap yang panjang. Tubuh rasa macam lumpuh dengan kaki kiri yang amatlah sakit..tubuh rasa tak ada sisa tenaga langsung mungkin disebabkan tenaga yang dihabiskan dengan 'aktiviti' yang tak dijangka tadi.. wallahualam..


《the crying pearl》

Monday, 2 April 2018

Dear my One and Only sister..


Dear Sister..

first of all, i am sorry because i always make you worry about me.. you are my best friend since young who always be my shoulder to cry..
you become my other wing which i can rely to fly to my dreamland..
you are my diary for me to share my secrets with..
you have a pair of good ears which i can find a good listener to hear my bubbling..

Sister,..
even you are a bit stressful sometimes, but you cheer up my life..
even you are easily get angry, but you are my tears wiper..
even you are a bit stubborn, but you manage to be a loyal daughter, a good sister and a good unty for Sufi..

Sister,..
whatever you look like now and in future, i will always love you..i wish i could forever pray for you dik..
you are the best sister in the whole worldπŸ’•
who else would like to be my coffee partner other than you girl..
It Is You...


《the crying pearl》

Friday, 30 March 2018

The Black Date ♥ Part 1♥



Assalamualaikum..

It had happened on 15 August 2017. A date which i didn't want to remember at all.. But it was my part as human to share to others because you have to understand before you know how to react if your loved one face the same situation like me.

At first i want to appologize you from the bottom of my heart if the presentation of my story is going to hurt anyone's feeling. I didn't mean it..honestly.

To my Sufies, here is your ibu's story which had made you scared of me somehow..

It was the day when i did all my morning routine at home-siapkan anak untuk ke sekolah dan all the kelam kabut scenario as always. lepas Sufi dah masuk kereta, beg2 pun dah all packed dlm kereta. Biasela budak2 kan, nak jugak ibu kuarkan arahan dulu.. dan hari tu jugakla rs nak buang air kecil sebelum naik kereta. cepat2 ibu masuk toilet kat dalam bilik untuk lunaskan hajat. Dah siap2 hajat, basuh tangan kat sinki depan toilet. entah cammana sekelip mata sedar2 dah terduduk atas lantai toilet yg basah tu. bayangkan korang duduk dengan kaki kanan lurus ke depan dan kaki kiri lipat mcm duduk antara 2 sujud. dah imagine? ya Allah ms tu Allah je tahu..dengan fikiran tertanya2 lagi dengan freeze takleh nak gerak lagi. dah mcm lumpuh sekejap.. Ape lagi menjerit la panggil hubby. Hubby kat luar tgh temankan my first Sufi yang memang siap dalam kereta dah.. berlari2 my hubby dapatkan ibu yang dah tak terdaya nak bangun. istifar panjang jugakla tgk keadaan ibu yang terjelopok dengan lengkap beruniform. maka berusaha la mereka bertiga mengheret ibu ke dalam bilik. al maklumla bukannya ringan ibu ni..
Selesai je sesi memohon emergency leave, ibu dah terlantar tak boleh jalan lagi. Sufi  picit2 ibu dan dalam masa yang sama hubby dapat panggilan dari mil menyatakan ada kematian saudara terdekat kat kampung dan nak dikebumikan pagi ni jugak. Sebenarnya kampung hubby dekat2 rumah kami je.. hubby dah start serba salah dah antara family dia dan isteri. Disebabkan sakit yang masih boleh ditahan masa tu, ibu suruh je ayah pergi uruskan hal kebumi arwah dulu manakala my second Sufi left home with me. rasanya itu yang lebih penting buat masa tu. lalu hubby pun bersiap untuk hantar Sufi ke tadika dan terus ke tempat kematian..

Jam menunjukkan lebih kurang jam 9 pagi. sakit kat paha kiri makin menjadi2 dan ibu masih menanti untuk dibawa ke klinik. badan dah mula rasa nak demam..maybe sebab sakit yang tak tertahan kot. dengan kerenah my second Sufi lagi..budak 3 years old faham2 la kan bukan faham ape lagi.. lalu ibu mencapai handset dan mendial nombor hubby tapi tak dijawab. mungkin sedang sibuk dengan hal pengebumian. tubuh dah mula rigor dan demam..manakala paha pula berdenyut2 kesakitan.
lebih kurang pukul 11 pagi hubby tiba di rumah. hubby minta maaf sebab tadi tengah gali kubur katanya..masa tu penjelasan hubby dah macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. dalam kepala ni fikirkan kaki yang sakit je. nak cepat2 pergi klinik panel disebabkan nak servis yang cepat. lagipun hubby nak kena masuk kerja pulak pukul 2 petang nanti.. So kami pun ke klinik panel. demam masa tu dah cecah 40°C. sakit pulak masa tu  skala 7 dari 10 tapi still boleh jalan bila dipapah. kepala berdenyut2. doktor bagi m.c 2 hari beserta ubat demam dan ubat tahan sakit. tak patah katanya sebab kalau patah sepatutnya dah tak boleh berjalan langsung dah..
Disebabkan dari pagi lagi kami tak makan, hubby pun singgahla kedai makan tak jauh dari rumah untuk lunch. ibu memang rasa tak larat dah. makan jugak sikit nak alas perut untuk makan ubat. sesudah lunch, hubby kata nak singgah refill air minuman kejap depan masjid. ibu turutkan jelah sebab memang dah takde air minuman dah kat rumah untuk minum. kami memang refill air minuman. kat sini ibu jadi macam restless rigor dan macam2 rasa tak selesa yang datang. bayangkan korang demam tiggi..dengan panas teriknya kat luar masa tu..

Masa hubby nak masuk kereta lepas siap refill air, ibu nampak satu jasad yang besar dan gelap kat belakang badan hubby. disebabkan dah letih dengan demam dan sakit paha yang melampau, ibu jadi speechless. terus ibu pusingkan kepala ke kiri dan pretend to sleep. tapi sebelum tu sempat lagi ibu whatssap kat adik cakap ada 'benda' belakang hubby. sebab masa tu whatssapp dia je yang paling atas kat screen tu. dan lepas tu ibu memang tak sedar apa yang berlaku.

Bila buka je mata mama, papa, family mil, Sufies dan hubby ada kat keliling ibu. badan dah macam lumpuh tak boleh nak gerak sikit pun. bila tanya, diorang hanya jawab 'Along tak sihat,rehatla..' and at that time is already almost 4pm.. terkulat2 memikirkan ape dah jadi pada ibu? kenapa dah pukul 4pm hubby tak pergi kerja lagi? kalau tak sihat sekalipun takdela sampai whole families datang rumah? haa..yang paling weird kenapa ibu terlantar kat tengah2 ruang tamu yang sofa2 dialih ke tepi?
dalam terkebil2 ibu bertanda tanya, tiba2 dengar someone dari jauh memanggil hubby
'..sini kejap,ustaz nak balik dahni..' ustaz?? for what??
then dalam masa tengah 'freeze' kat baringan my first Sufi came and i asked him what happened to ibu?and he said 'ibu masuk hantu tadi..' then tak sempat dia cakap lebih jauh my mama took him away from me..


《the crying pearl》

Wednesday, 28 March 2018

Kiddos Recipe ~Nugget Homemade~

Assalamualaikum...

Alahai anak..kenapelah susah sgt nak makan sayur?..walhal masa preggy ibu suka sgt mkn sayur..takpe2..disebabkan Sufi taknak makan sayur,ibu usahakan jgak biar Sufi makan jugak sayur..

Haa..this is one of the successful vege-intake recipe for Sufi..

❤Homemade Nugget❤

Bahan Kisar

1.Isi ayam Fillet 2 keping
2.Roti 2 keping
3.Taufu 1 ketul
4.Bawang merah 3-4 biji
5.Bawang putih 2-3 biji
6.Garam
7.Cream of Tartar
8.Telor 3biji
9.Carrot@Brokoli (disagat sebelum dikisar)
10.Olive oil 2-3 sudu

Bahan Salut Nugget

1.telor 1 biji
2.Breadcrumbs+Oat then blend halus.

Cara2:
Kisar semua bahan kisar sampai sebati..
Then, campurkan:
1.tepung gandum 3 sudu besar
2.tepung jagung 1 sudu besar


Bentukkan ikut kreativiti masing2 dan bolehla di kukus agak2 dalam 10 minit. Sejukkan sekejap dalam suhu bilik..
Sediakan telor 1 biji dan oat-breadcrumbs dalam 2 bekas berasingan...

Celup nugget dalam telor dan oat-breadcrumbs dan bleh simpan dalam freezer atau terus goreng dalam api sederhana..

Siap..boleh try ye..
Very recommended untuk anak yang tak makan sayur dan sembelit.
Alhamdulullah Sufi kurang sembelit maybe sebab ada vegetables dan oats..

p/s: Roti boleh digantikan dengan ubi kentang..

😘

Thursday, 15 March 2018

Friend In Need πŸ‘­

"Friend in need is a friend in deed"

friendship reveals everything including being together either in good or bad time.
i had experienced one..she is like an angel whenever she still exist in my hard time-helping me out with my storm-listening to me no matter how long it is-encouraging strength to me-accompanied me during my warded day-being my sixth sense just to ensure a fair justification has been made on me. Yes..everybody done their part and there were many true friends who supported me during that time. However, what was mesmerizing me is her honesty..
i am never imagine before she is the one who stand still with me whenever everyone else were busy with their routine.
million thanks friend...Only Allah know the best reward for you.

Alhamdulillah...you have proved it.



Tuesday, 13 March 2018

My All Version 2

Assalamualaikum All..



Mom.. how do u can be so patience with me? i adore your capabilities in being such a great beautiful mother for me. u are super beautiful mom..that's where my beauty came from. hee.. hey, whoelse can admit it until u admit it yourself.hehe.. Confidence is a beauty..

I am a crying daughter since i am children. easily touched by surroundings..easily cry..easily follow the rules..but hard to say No. that is me.. However u always talk to me nicely. thank you mama for being here with me no matter how hard it is. May Allah strengthen our faith to be more loyal to our parents..and let our childrens be good to us too.

InsyaAllah..

Doa For parents πŸ’•