Tuesday, 3 April 2018
The Black Date ♥Part 2♥
Assalamualaikum..
As a continuity of part 1..
Selepas ustaz balik, mereka papah ibu masuk ke dalam bilik untuk wuduk dan solat..agak susah nak bergerak dalam keadaan paha kiri yang teramatlah sakit.solat pun sambil duduk dan kaki kiri memang tak boleh dilipat.
betapa indahnya Islam kerana adanya ruksah untuk menunaikan ibadat ketika sakit dan betapa bersyukurnya keluarga ada disisi untuk mengingatkan diri ni yang sememangnya fikiran tengah Zero.sungguh tak selesa kerana terpaksa membebankan keluarga.tp bak kata my sister, "kalau keluarga tak tolong siapa lagi nak tolong.." Selepas kejadian tu ibu banyak duduk kat rumah mama papa je.sebab at least ada orang tengok2kan masa husband kerja..
Sejak hari tu ibu asyik berulang alik dari klinik panel untuk sembuhkan kaki ni.m.c bersilih ganti.bila emosi dah semakin stabil,semakin timbul tanda tanya apa yang dah jadi pada hari tersebut?? berkali2 ibu bertanya terutamanya kepada husband tapi 2 hari selepas kejadian barulah husband setuju untuk story tentang apa yang dah terjadi. jadi,cerita yang dicoretkan ni adalah hasil dari penceritaan husband dan sedikit dari Sufi.
Sebaik sahaja husband siap refill air minuman kat depan masjid tempoh hari, dia tengok ibu terlentok tido sambil muka berpaling ke arah tingkap penumpang. Dia sangka ibu terlelap sebab demam yang tinggi sebab masa husband letakkan tangan ke dahi ibu, dia memang rasa panas yang amat.. jadi dibiarkan ibu 'berehat' dan terus ke tadika untuk menjemput Sufi. sedangkan masa tu ibu memang tak sedar apatah lagi nak ingat..
Sesampainya di rumah, Sufi dah masuk ke dalam rumah..tapi husband cakap ibu freeze kat seat dengan tak buka mata dan tak bergerak langsung. Oleh sebab tu husband tarik dan paksa ibu masuk ke dalam rumah dibantu okeh Sufi. Masuk je ke dalam rumah, husband cakap ibu buka mata dan jalan terus ke sudut ruang tamu. dengan berdiri menghadap ke dinding, ibu mula menari2-katanya macam menari inang dan ulek mayang..husband mula tak sedap hati terus call pengasuh Sufi untuk panggilkan ustaz datang ke rumah untuk pulihkan ibu. kenapa cari pengasuh Sufi? haa..that one another story pulak..nanti kita story lain ye.. sementara menunggu ustaz sampai husband perhati je dari jauh sambil alunkan ayat suci al quran.malah siap rakam lagi beberapa minit selepas mengarahkan Sufi masuk ke dalam bilik. disebabkan masa tu dah hampir Zohor, jadi mungkin lambat sikit ustaz sampai.. husband pelik jugak tadi nak berjalan pun dipapah sebab kaki sakit tapi kali ni siap menari2 lagi. husband memang pelik dah..
Tak lama lepas tu azan Zohor berkumandang dan ibu terus jatuh pengsan.. then husband letakkan ibu kat depan sofa ruang tamu. lepas tu barulah families terdekat sampai dah tolong apa yang patut. ada yang demah kepala dengan air sebab demam yang tinggi..ada yang alunkan ayat2 alQuran..ada yang tolong uruskan Sufies..
Alhamdulillah..rentetan dari itulah ibu tersedar dari lelap yang panjang. Tubuh rasa macam lumpuh dengan kaki kiri yang amatlah sakit..tubuh rasa tak ada sisa tenaga langsung mungkin disebabkan tenaga yang dihabiskan dengan 'aktiviti' yang tak dijangka tadi.. wallahualam..
《the crying pearl》
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment