Assalamualaikum..
Hari ni hari yang ditunggu2 dengan debarnya dah tiba..hari untuk prosedur Magnetic Resonance Imaging (MRI) pada brain.
Buat informasi semua MRI ni sejenis scan yang menggunakan daya magnet yang kuat serta gelombang radio untuk dapatkan imej yang lebih jelas tentang struktur dalam badan kita..tu yang mudah nak faham la.. Berbeza dengan scan2 lain, MRI dilakukan di dalam sejenis mesin canggih berbentuk ala terowong yang sempit.
Antara persiapan yang doktor nasihatkan sebelum prosedur ialah:
1.Puasa dari pukul 12 MN sebelum prosedur.ni doktor tu cakap in case kalau anything emergency happens during the procedur.
2.Kalau kita ade allergic seafood,doktor akan bagi steroid.itu kalau doktor plan untuk contrast MRI..if plain MRI tak perlu steroid..
3.Dilarang memakai barangan berbentuk metal seperti barang kemas,brooch,pakaian dalam yang ada besi (nak safe pakai sports bra yang takde cangkuk). Also be careful penyepit rambut ye.. Any inquiries boleh tanye je staf yang bertugas.
4.Kalau ade pakai implant, pacemaker, susuk(ni yang tertulis kat ruang ruang menunggu MRI ye), kena inform kepada staf yang bertugas sebelum masuk ke bilik MRI.. Penting ye sebab daya magnetic mesin MRI ni kuat tau..
Ni gambar mesin MRI keluaran PHILIPS ala-ala yang digunakan..sebab kat dalam tak bolek bawa masuk handphone ye..
Ruang dalam bilik MRI tu pulak gelap lebih kurang mcm ni la jugak..tapi takdela warna biru camni..hehe.
Disebabkan aku di order MRI Brain so kena pakai special accessory kat kepala yang menutupi muka..macam topi jaring2 besi gitu..
Gambar2 ehsan dari google ye..
Okey,let us continue..
Sampai je kat ruang kauntet MRI, ade sorang staf datang dan do the checklist and complete the consent (borang keizinan prosedur yang kena pesakit kena sign). Lepas tu dia jemput masuk ke bilik persalinan untuk salin gown prosedur. Sempatla cium tangan hubby dan mintak doakan prosedur lancar sebab pernah dengar ada pesakit pernah collapse dalam bilik MRI..seram pulak.
lepas dah pakai gown biru untuk prosedur, maka diiringi masuk ke bilik malap yang dimaksudkan. tengok je katil tu sempit je..tapi jangan risau muat 😉. then radiographer bertugas beri arahan sikit pasal prosedur. Prosedur MRI ambil masa at least 45 minit paling kurang. Kalau dia nak Contrast MRI biasanya diorang akan inject contrast in between 45minit tu..Sesudah baring atas katil sempit tu diorang bagi button kat tangan kanan untuk ditekan bila kecemasan nak panggil diorang. masa atas katil tu kepala akan masuk muat2 je dengan topi keledar khas yang jaring2 tu..sebab diorang kat bilik luar tau.tapi still nampak kita kat dalam tu..jangan risau. At that time telinga dipasang headfon sebab mesin MRI ni keluarkan bunyi bising tau..
After that, kita dapat rasa sunyi sangat2 selepas diorang kosongkan bilik tu just for MRI machine & you..hee. Slowly katil tu slide in dan masuk ke dalam terowong bulat..dalam beberapa minit bunyi bising start bunyi dah.. aku yang kat dalam dah mula nak panic attack. dengan takutnya..gelapnya..kadang2 rasa tak boleh tarik nafas sebab sempit sangat. Nak tekan button emergency pun fikir panjang2 sebab once dah tekan button tu prosedur akan reset balik tau..jadi lagi lama pulak korang kat dalam tu.. yang terbaik try redakan panic attack tu..Ni antara yang aku buat sepanjang 45 minit tu untuk maintain 'hidup' kat dalam tu.hee..
1.Senaman pernafasan.Tarik nafas dalam2 dengan hidung dan hembus dengan mulut perlahan2.
2.Pejam mata dengan tenang. Jangan sampai kuat2 nanti stress plak.hee..Pejam je macam nak tidur.
Bayangkan tempat yang best2..
3.Baca surah2 lazim alQuran, Istifar...
4.Yang ni menjadi untuk aku.Counting numbers.Bilang je 1..2..3.. sampai beribu2 yang korang boleh kira.. Percayalah sedar2 je dah siap prosedur. Ade yang boleh terlelap tau sebab counting.. Try it.
Bunyi sepanjang prosedur tu bersilih ganti.Ada bunyi kipas helikopter tengan berpusing standby untuk terbang je..Ade bunyi drilling..Ade bunyi macam Alien tengah menyanyi & menari kat atas mesin..Ade bunyi orang ketuk2 besi..Aish...berhantu pulak bunyi mesin ni..hee..
Dah siap prosedur..debaran tunggu result pulak..Doakan result baik2 je ye semua..Amin..Korang yang perlu undergo MRI prosedur janganlah takut ye..insyaAllah berjalan lancar nanti. Yang penting minda kita yang kawal badan dan perasaan kita..so set minda yang positif2 je..insyaAllah..
24.4 2017
The day for the result has come.. Alhamdulillah result MRI smuanya normal dan baik. Semoga semuanya terus kekal baik selamanya.. Thanks kepada yang mendoakan.. Allah is everything.
《The Crying Pearl》