Tuesday, 2 July 2019

Day 20

Breakfast: Nasi goreng sebab temankan husband

Lunch: Ayam goreng 2 ketul+air kosong.

Dinner: Daging burger sekeping+overnight oat.

Cycling 15 minit..
Alhamdulillah..



Monday, 1 July 2019

Day 19

Salam semua...
Hari ni lari sket diet sebab involve dengan Hari Raya Jabatan..

Aku makan je mana yang sedap. Hehe.. Kek amik jugak 1 cube. Air tetap air kosong.. Kebanyakan menu aku banyakkan portion lauk..
Risau jugak nak timbang malam ni. Tapi pasrah lah.. Sebab memang tak boleh nak elak..

Luckily tak naik malam ni. Esok belum tentu kan.. Hehe. Aku cycling malam macam biasa.. Sebab tu je freetime aku..

Thank YouπŸ’“

Sunday, 30 June 2019

Day 18

Weekend hari tu banyak open house, makan je kerja..hehe. So malam ni timbang ni lah hasilnya...



Hari ni last day puasa sunat syawal..
So, ni menu aku hari ni..

Sahur: Air kosong, nasi beras perang 1 tupeprware dadih kecik tu..

Berbuka puasa: Air kosong sepuasnya..hehe. Nasi beras hitam perang segenggam dan sup ayam. Buah jambu air sebiji..

Sebelum tidur: Air kosong lagi 😍

Friday, 28 June 2019

Day 16 Weight Acheivement πŸ’—

Hari ni buat Intermintent Fasting (11pm-12noon)

Lunch: Nasi kenduri separuh genggam+lauk & sayur² without kuah. Air Kosong..

Minum petang: Buah Pear+Buah Anggur Black.

Dinner: Share nasi goreng cili padi dengan adik, air kosong..

Berat tak timbang malam ni sebab outstation.. (tidur rumah mama😚)

P/S: Cycling 2x hari ni..

Thursday, 27 June 2019

Day15 Weight Achievement πŸ’—

Lepas Sahur Cycling 10-20minit

Sahur: Overnight Oat, Sup sawi Ayam+telor, Air Kosong.

Berbuka Puasa: Air Nescafe tanpa gula, Nasi beras perang, Udang Goreng Kunyit.

Sebelum tidur: Air Kosong+Biskut Raya Sekeping (terliur sangatπŸ˜‹).

Berat achievement 9-10pm: 72.7



Alhamdulillah...

Day 14 weight achievement πŸ’—

Lepas Sahur Cycling 10-20minit

Sahur: Overnight Oat, 2 biji half boiled egg, Air Kosong.

Berbuka Puasa: Air Kosong Sejuk, Nasi beras perang, Ayam Goreng Kunyit, Buah Pear.

Sebelum tidur: Air Kosong+Buah Kismis Organik.

Berat achievement 9-10pm: 73.9

Alhamdulillah...

Tuesday, 25 June 2019

Weight loss journey..

Assalamualaikum..

Hari ni nak story pasal weight loss journey aku.. Yang baru je start. He he. Orang lain dah lama dah start, aku je baru nak merangkak. Tapi takpelah, slow² nanti sampai jugak target aku tu insyaAllah.. Berat badan sebelum aku start my diet plan ialah 75.6. Lepas raya, bertambah² berat badan.. Tambahan ubat anti depressant yang aku makan ni boleh buatkan berat badan aku naik. Setiap kali follow up mesti doktor akan nasihatkan untuk eat clean & do some activities..

Aku ni gila nescafe.. So at the first place aku risau giler camne nak cut sugary foods & drinks.. So hari pertama, aku try minum nescafe sekali sehari sahaja dan minum air putih the whole day. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat nak minum 2-3 Liter air sehari ni.. The whole week aku try yang sama.. Nescafe once a day sahaja.. Untuk gula pula aku ganti dengan gula Palsweet.
Ye.. Ye.. Mesti ada yang cakap tu bukan eat clean.. But, i know my progress. Sambil² duk belek IG  pasal eat clean, adalah ternampak quote yang really memberi semangat. Dah lupa ayat dia tapi lebih kurang macan ni..
' Kalau tak start hari ni slowly, kita akan sampai destinasi lambat. Tapi, tu lebih baik dari tak ada usaha langsung. Memang takkan sampai destinasi. Duk takuk tu lah jugak..' So lepas tu, even progress aku slow, tapi janji ada progress..

Lepas balik kerja, aku try jugak cycling dengan basikal Takasima lama aku tu.. Mula² 10 minit.. Tapi seminggu lepas tu dah boleh reach 20 minit. Hello, tu pun dah cukup membanggakan bagi aku tau.. Dengan anak² lagi nak handle.. So aku rasa quite satisfied lah jugak.. Hehe..

Ni menu aku try dalam 2 minggu ni..

Breakfast: 2 half-boiled eggs
Lunch: Nasi beras perang & lauk biasa.
Dinner: Overnight oat

Untuk overnight oat tu, aku memang guna Rolled oat yang memang organik & less sugar. Madu pula memang aku beli yang organik. Memang botak gaklah nak cari yang pure honey tu. Kat supermarket semua yang fake. Aku pernah try check madu dalam air tu untuk ensure madu tu asli. So Alhamdulillah.. Pure Honey.. Untuk yogurt, aku guna yogurt asli Farm Fresh. Susu pulak guna Farm Fresh Skinny Milk tu..

Aku ni jenis tak boleh minum susu. Tapi sebab nak loose weight punya pasal, aku telan jugak.. Suprisingly, bila makan dengan buah² & yogurt, sedaplah jugak.. Aku suka buah pear yang dah lebam² tu@organik kismis@buah mulbery yang aku tanam sendiri..

Okey, sampai sini dulu.. Nanti aku sambung balik diari weight loss journey aku πŸ€—